Eclampsia Poster

Aida
Jururawat & Teman Seperjuangan Ibu
June 3, 2023

"Eclampsia adalah keadaan neurologi yang dikaitkan dengan pre-eclampsia, ditunjukkan dengan sawan tonik-klonik semasa kehamilan yang tidak boleh dikaitkan dengan keadaan lain seperti epilepsi."
Myles 17th edition.

MgSo4 TOXICITY
Pernafasan < 18/min   *   Urin < 30mls/jam   *   Nadi < 60bpm   *   Tiada refleks patelar   *   Serum magnesium > 3.5 mEq

Pengurusan Pencegahan Eclampsia

Antepartum

Matlamat : untuk mengesan faktor risiko yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan mengelakkan peningkatan tekanan darah

  1. Lakukan pemeriksaan tekanan darah,pastikan tekanan darah tidak melebihi 30mmHg untuk bacaan sistolik dan tidak melebihi 15mmHg untuk bacaan distolik dari baseline data.
  2. Rujuk segera ibu yang mengalami kenaikan tekanan darah kepada Doktor untuk rawatan segera.
  3. Lakukan lawatan kerumah ibu untuk mengenal pasti punca kenaikan tekanan darah dan menilai
  4. cara ibu mengambil ubatan antiHPT.
  5. Beri pesakit temujanji dengan kerap iaitu 2 minggu sekali untuk memantau kenaikan tekanan darah.
  6. Berikan pesakit pendidikan kesihatan berkaitan dengan pemakanan makanan yang rendah garam,kawalan stress dan amalan gaya hidup sihat.

Intrapartum

Matlamat : untuk mengelakkan ibu daripada mengalami kesakitan yang dapat menyebabkan tekanan darah meningkat.

  1. Beri penerangan yang jelas berkaitan dengan epidural yang dapat mengurangkan rasa sakit bersalin supaya ibu faham dan dapat memberikan kerjasama dan tekanan darah dapat dikawal.
  2. Pantau pain score ibu dengan kerap untuk mengelakkan kenaikan tekanan darah.
  3. Lakukan diversional therapy seperti urutan sacrum untuk mengurangkan kesakitan yang ibu alami.
  4. Lakukan pemberian pitocin mengikut tiltration yang telah ditetapkan untuk mengelakkan ibu menjadi hyperstimulation yang boleh mendorong kepada peningkatan tekanan darah.
  5. Galakkan suami untuk meneman supaya kesakitan yang dialami oleh ibu dapat dikurangkan.

Postpartum

Matlamat : Memantau tekanan darah dan menstabilkan tekanan darah.

  1. Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala mengikut arahan Doktor.
  2. Pastikan ibu patuh dengan pengambilan ubatan antiHPT
  3. Berikan ibu temujanji untuk memantau bacaan tekanan darah.
  4. Lakukan lawatan kerumah untuk mencegah peningkatan tekanan darah dengan melibatkan ahli keluarga dalam menguruskan bayi.
  5. Nasihatkan ibu untuk mengambil perancang keluarga supaya ibu dapat mengurangkan risiko untuk kehamilan seterusnya.

Reference:

  • Clare, Arnott., Michael, Nelson., Maria, Alfaro, Ramirez., Jon, Hyett., Marianne, Gale., Amanda, Henry., David, S., Celermajer., David, S., Celermajer., Lee, Taylor., Mark, Woodward. (2020). Maternal cardiovascular risk after hypertensive disorder of pregnancy. Heart, 106(24):1927-1933. doi: 10.1136/HEARTJNL-2020-316541
  • Kementerian Kesihatan Malaysia, Garis panduan pemberian suntikan magnesium sulfate bagi kes severe pre-eclampsia & eclampsia.
  • Junita, Indarti., Adly, Nanda, Al, Fattah., Zulfitri, Dewi., Rachmat, Dediat, Kapnosa, Hasani., Fitri, Adinda, Novianti, Mahdi., Raymond, Surya. (2020). Teenage Pregnancy: Obstetric and Perinatal Outcome in a Tertiary Centre in Indonesia.. Obstetrics and Gynecology International, 2020:2787602-2787602. doi: 10.1155/2020/2787602
  • Lokeshwari K, Sreenivasa B. Maternal and fetal outcome of severe preeclampsia and eclampsia in cesarean section and normal delivery. Nep J Obstet Gynecol.2021;16(33):69-73. DOI:https://doi.org/10.3126/njog.v1612.42103
  • Myles textbook for midwives, 17th Edition, 251-253.
  • Maereg Wagnew, Muluken Dessalegn& Alemayehu Worku,and Josephat Nyagero.Trends of preeclampsia/eclampsia and maternal and neonatal outcomes among women delivering in addis ababa selected government hospitals, Ethiopia: a retrospective cross-sectional study 10.11604/pamj.supp.2016.25.2.9716
  • Michal Fishel Bartal, MD; Baha M. Sibai, MD, Eclampsia in the 21st century. American Journal of Obstetrics & Gynecology.https://doi.org/10.1016/j.ajog.2020.09.037
  • Revanasiddappa Bhosgi, Jyothi B Sarvi,Babalala Kadegaon,Naveen Kumar B , Retrospective Study of Preterm neonates born to Mothers with Pre-eclampsia in a tertiary care centre DOI: 10.36848/PMR/2022/70100.510265h
  • Solwayo Ngwenya (2017) Severe preeclampsia and eclampsia: incidence, complications, and perinatal outcomes at a low-resource setting, Mpilo Central Hospital, Bulawayo, Zimbabwe, International Journal of Women's Health, , 353-357, DOI: 10.2147/ IJWH.S131934
  • Vibha, Mahendra., Steven, L., Clark., Maya, S., Suresh. (2021). Neuropathophysiology of preeclampsia and eclampsia: A review of cerebral hemodynamic principles in hypertensive disorders of pregnancy.. Pregnancy Hypertension, 23:104-111. doi: 10.1016/J.PREGHY.2020.10.013
  • WHO Recommendations for Prevention and Treatment of Pre-eclampsia and Eclampsia (http://whqlibdoc.who.int/publications/2011/9789241548335_eng.pdf), and a full listing of the evidence supporting these recommendations can be found in WHO Recommendations for Prevention and Treatment of Pre-eclampsia and Eclampsia: Evidence Base (http://whqlibdoc.who.int/hq/2011/WHO_RHR_11.25_eng.pdf).
Blog

TERKINI

Aida Care
June 3, 2023
Eclampsia Poster
"Eclampsia adalah keadaan neurologi yang dikaitkan dengan pre-eclampsia, ditunjukkan dengan sawan tonik-klonik semasa kehamilan yang tidak boleh dikaitkan dengan keadaan lain seperti epilepsi." Myles 17th edition.
Aida Care
January 14, 2023
AidaCare
Dengan bimbingan dan sokongan Aida, para ibu dapat mengharungi perjalanan menyusu dan memperkenalkan makanan pejal dengan penuh keyakinan, sambil memastikan bayi kalian mendapat nutrisi yang diperlukan untuk berkembang dengan baik. Sama ada para ibu bapa baru atau sudah mempunyai beberapa anak, Aida di sini untuk membantu pada setiap langkah dalam proses yang indah ini.
perspective
January 14, 2023
A Journey Worth While.
As they began their website, they thanked their viewers and invited them to subscribe to their stories and shop using their affiliate links. They hoped that their journey would inspire others and that they could continue to grow both as individuals and as a family.
Affiliate Link!Reka Web AndaAida CareBerita Semasa